Apa itu Endometriosis? Seorang pengamal perubatan telah berkongsi pengalamannya merawat pasangan Fizo Omar, Mawar yang turut menghidapai masalah tersebut. Kami bawakan untuk anda perkongsian Dr Hamid Arshat di facebooknya dalam menangani penyakit tersebut lapor SiakapKeli.my.
Penyakit endometriosis merosak peranakkan. Saluran fallopian boleh tersumbat. Cyst boleh tumbuh dalam ovary. Rahim boleh bengkak dan melekat kepada usus.

Dengan rawatan sewajar, masih ada peluang hamil dengan izin Allah
Kisah pasangan Fizo dan Mawar
Mawar dan Fizo jumpa saya untuk kali pertama pada 6 hb Januari 2016 . Mereka telah kahwin selama 2 tahun lebih, tapi belum dikurniakan rezeki zuriat. Mereka jumpa saya untuk perundingan dan rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan.
Apabila saya kaji sejarah kesihatan Mawar ialah masalah senggugut yang beliau alami sejak zaman remaja.
Kesakitan ini ada kalanya sangat teruk dan memerlukan ubat penawar sakit. Setelah berkahwin, senggugut ini terus mengganggu. Ini satu tanda penyakit dalam peranakkan, khususnya endometriosis.

Senggugut tanpa penyakit biasanya akan lenyap dengan sendiri selepas berkahwin.
Tiada gejala atau gangguan lain. Setelah menjalani pemeriksaan dan ultrasound scanning, saya dapati Mawar mengidap penyakit endometriosis , dengan ovarian cyst kanan, rahim bengkak sebab adenomyosis dan rahimnya retroverted.
Setelah berbincang, mereka setuju untuk menjalani pembedahan laparoscopy dan minilap.
Dalam pembedahan tersebut yang dilakukan pada 14 hb Januari 2016.
Dalam pembedahan tersebut yang dilakukan pada 14 hb Januari 2016.
Penemuan dalam pembedahan amat mengejutkan; endometriosis telah keperingkat 4 , rahim lekat kepada usus dan kedua2 saluran fallopian tersumbat dan cyst 4 cm pada ovary kanan. Banyak parut2 dan lekatan akibat penyakit endometriosis.
Dalam pembedahan saya buang cyst, baik pulih kedua saluran fallopian dan rahimnya diperbetuikan daripada retroverted kepada anteverted.
Dengan situasi kerosakkan terok pada peranakkan, Mawar perlu berusaha keras untuk membaik pulih peranakkannya.
Disamping itu haidnya perlu dihentikan untuk 3 bulan atau lebih untuk membantu peroses pemulihan. Saya berikan suntikan lucrin sekali yang berkesan selama 3 bulan. Kesannya saperti orang menopause; hormon estrogen disekat sepenuhnya.
